Kelas Ulangkaji Tiny Techies Siri 3
8 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 7 Mac 2026, Kelas Ulangkaji Tiny Techies Siri 3 secara atas talian telah diadakan di NADI Kg Jerijeh. Kelas ini terdiri 2 sesi iaitu Micro:bit & Robotik untuk pelajar Sekolah Rendah dan Python, HTML & SQL untuk pelajar Sekolah Menengah. Program ini bertujuan untuk memberi pemahaman asas teknologi dengan membantu pelajar mengulang kaji konsep utama dalam Micro:bit & Robotik, Python (pengaturcaraan), HTML (pembangunan laman web) dan SQL (pengurusan pangkalan data). Program ini berlangsung sekitar jam 3.00 petang sehingga 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: